Sahabat merupakan orang yang hampir dengan kita. Selain keluarga terdekat, sahabatlah tempat kita meluahkan segala masalah dan kesusahan kita. Maknanya sahabat banyak berperanan dalam mewarnai kehidupan kita selain keluarga terdekat. Tanpa mereka kehidupan kita mungkin terhenti atau tidak lengkap, ibarat sebuah masakan yang tidak mencukupi rencahnya. Namun sahabat yang macam mana yang perlu kita cari agar kehidupan kita akan lebih terjamin kearah kebaikan. Banyak jenis teman dalam kehidupan kita seharian. Adakah semua mereka ini akan menjadi sahabat sejati.
Pesoalan inilah yang sentiasa bermain disetiap minda mereka yang mendambakan sahabat sejati. Realiti hari ini amat sukar menemukan mereka yang benar-benar boleh dijadikan sehabat. Kebanyakan manusia hari ini banyak mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.
Teringat aku akan kata-kata seorang sahabat baikku. "Kalau kamu mahu memperolehi sahabat yang baik, maka bersedialah jadikan dirimu sahabat yang baik. Kalau kamu tidak bersedia menjadi sahabat yang baik, maka jangan mimpi kamu akan memperolehi sahabat sejati yang baik untuk dirimu." betulkahhh...