Pages
▼
Monday, April 16, 2012
JAGALAH HAK ALLAH
Abu al-Abbas Abdullah bin Abbas, radiyallahu anhuma, berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu?perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran
telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu.
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.
Ketahuilah bahawa?kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan?bersama kesusahan itu ada kesenangan
Perbincangan Hadis :
1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:
Subhanallah. Kalau kita laksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan, Allah akan mnjaga kita dalam dua perkara:
• Allah swt akan menjaga hambaNya di dunia ini. Allah ar-Rahman memberi kita kesihatan yg baik, keluarga yg disayangi, harta n etc
• Allah swt akan melindungi deen(agama) dan iman hambanya dari perkara2 yg syubhah, khurafat, syirik dan sebagainya
2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
Jaga hak Allah pada diri dan keluarganya – menepati Quran dan Sunnah. dalil bantuan/ Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:
memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.
bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.
4) Beriman kepada Qadho? dan Qadar :
- dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).
5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).
7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).
8 ) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .
Wednesday, April 11, 2012
Pertemuan Dalam Rangka Menghubungkan Silaturrahim
Petang semalam jam empat tetiba satu masej masuk. Bila butang open ditekan terteralah masej ringkas, "Assalamualaikum, ustaz apa khabar? mindaku tertanya-tanya gerangan siapa pulak yang hantar mesej ni, sebab di skrin hp ku tertera nombor sahaja bukannya nama pengirim, ini bermakna pengirimnya tk ada dalam list nombor yang disimpan. Agak lama jugak aku biarkan mesej tak berbalas. Bukan apa bimbang kalau pengirimnya orang yang aku kenal dan rapat denganku. Akalku tercari-cari bait-bait yang sesuai dan alasan yang rasional untuk ditulis agar mesejku tidak mengecewakan dia. Biasa la kalau kita menghubungi seseorang yang agak rapat dengan kita dan si dia yang menjawab tu tak kenal kita ( sape ni??????) dan katanya nombor kita tak ada dalam list dia...pearrrhhh pedihnya hati, seolah-olah kita ni orang tak penting bagi dia (meskipun memang tak penting p0m hahaha...). Itulah perasaan manusia yang sering mengharapkan pengiktirafan dan perhatian orang lain.
Dengan perasaan yang bercampur baur aku membalas mesej tu dengan ringkas "wa'alaikumussalam, alhamdulillah saya sihat". Sebenarnya mesej ringkasku ini adalah semata untuk melihat respon dia terlebih dahulu sebelum aku nyatakan yang aku tak kenal dia. Kemudian dia balas balik : "Ustaz ada di Kampar esok? cadang saya nak jumpa, alang-alang saya cuti la ni". Bila baca mesej ni sedikit telahan bermain dimindaku, ini pasti ex-student...tapi siapalah gerangannya...biasanya ex2-students ku yang biasa berhubungan denganku ada tersimpan no hp mereka, tapi yang ini tidak ada...jenuh aku mikir sape ni???...tak dapat ku nak meneka meskipun dalam kesamaran huhuhu...so aku gagahkan juga menjawab sepolite yang mungkin..." boleh!!! tak de masalah tu. tapi maaf nak tanya sape erk ni??? banyak nombor hilang sebab baru tukar hp (sebenarnya tak tukar hp pun, mencipta alasan je (supaya dia tak kecewa dengan aku, hehehe...)
"Saya MFUF spm 2006"...paparan mesej berikutnya...masya Allah MF rupanya, kenapa tak ada nombor dia, herannn?????? seingat aku nombor dia pernah ku simpan, masakan tak ada sedangkan MF merupakan salah seorang student yang paling rapat dengan aku dan student yang menjadi harapanku bagi mewarisi ilmu yang aku ajar hahaha...
Sejenak terhimpau kenangan ku semasa mengajar dia dan students kelas 5 Alpha tahun 2006, MF memang rapat dengan aku dan sentiasa berjumpa aku untuk bertanya pasal subjek agama. Aku sememangnya suka dengan watak dia, disamping mempunyai akhlak yang terpuji, dia juga jenis yang berminat untuk mengetahui pasal agama, kebetulan dia pun dari kelas aliran agama yang sentiasa mendapat prioriti daripada kami ustaz dan uztazah (dulu la tapi skrang ni tidak lagi (aku la dulu memang tinggi sangat expactation pada dak2 kelas kaa ni sebab aku anggap diorang ni lain dari students kelas lain... kaa kannnn huhuhu) sebab diorang ni semua sama je, remaja katakan ). MF ni seorang yang mudah didekati dan bukan jenis yang sombong seperti kebanyakan pelajar-pelajar pintar yang lain. (sering update perkembangan dia sehingga hari ini)
"Owhh awak rupenyeee...", cuti ke sekarang ni??? aku membalas mesejnya. "saya cuti satu minggu, saya tamat belajar pertengahan tahun ni, boleh jumpa esok, ustaz? nak bersilaturrahim, lama kita tak jumpa. dimana??? paparan mesej dia yang selanjutnya...masya Allah sejuk hati membacanya...jarang ku temui student semacam dia, lebih tiga belas tahun aku mengajar, serasa inilah produk yang paling berkualiti yang dapat aku hasilkan (meskipun ku tahu sumbanganku hanya secuit saja dalam melahirkan seorang insan yang berkualiti, namun aku cukup bangga sebab aku termasuk orang2 itu hahaha).
"Boleh jawabku, kita jumpa kat restoran PS, depan padang sekolah tu, rasa senang sikit kat situ...". Sebenarnya aku pun tak pasti tempat yang sesuai nak jumpa kat mane (tempat yang selesa dan makanan yang sedappp, susah kat kampar niii, kalau biasanya tempat yang aku makan dan sesuai dengan seleraku ialah restoran 'Sakira' kata Bandar Baru, tapi malangnye restoran tu buka waktu petang, sedangkan kami mahu jumpa pada waktu pagi...) Lagi pun PM ni senang dan dekat pulak dengan tempat tinggal kami, aku kat taman melayu jaya dan dia pulak tinggal kat bt. berangkai. dua-duanya dekat terutama aku yang tinggal setaman dengan restoran tu. Setelah berbasa basi dengan menghantar beberapa mesej, maka kami tetapkan untuk bertemu pada jam sepuluh pagi...mesej tamat kat situ hehehe...
Esoknya jam 9.50 aku bersiap untuk berjumpa MF. Kali ini agak lambat aku prepare untuk menghadiri janji temu dengan seseorang. Jarang hal ini aku lakukan, kebiasaannya setengah jam sebelum masa yang ditetapkan aku dah siap untuk keluar. Setelah siap merapikan diri secara ala kadar, (tapi tetap kemas ( untuk makluman aku jarang and tak baleh keluar rumah, kalau keadaan aku serabai or tidak kelihatan rapi) aku keluar dari bilik dan mencapai hp aku, dan ketika itu jam menunjukkan pukul 10.05 minit pagi, aku sms Mf untuk confirm janji temu hari ini:
"Salam MF...jadi tak nak jumpa hari ni???". Sebenarnya bukan apa takut jadi macam kebiasaan date dengan kengkawan sebelum ni, takut aku yang datang awal dan menunggu diorang, kekadang setengah jam menunggu baru muncul...lupe la and macam-macam lagi alasan yang menyakitkan...
"Salam...jadi ustaz, saya dah kat restoran dah ni"...paparan mesej MF, kelam kabut aku dibuatnya, inilah pertama kali aku ditunggu oleh seseorang bila ada perjumpaan, kebiasaan akulah yang menjadi penunggu setianyeee, aku terus mencapai kunci motor di dinding dalam keadaan rasa bersalah dan perasaan bimbang pun ada, bukan apa sebagai seorang bertitle "U" macam aku ini kesilapan kecil sebegini (anggapan sesetengah orang la, tapi sebenarnya besar) akan dianggap besar dan sekaligus mencalarkan reputasi aku serta menghilangkan respek orang pada akau, lebih-lebih lagi di mata student aku yang sering menghadam kata-kata baik yang terpancul dari mulut aku di saat aku menjadi guru mereka.
Sesampai di restoran aku tercari-cari dimana susuk si MF ni berada, kebetulan pelanggan masa tu agak ramai sikit dari kebiasaan. Mata aku buat pertama kali meninjau di sudut luar restoran, telahan disudut luar lebih selesa untuk bersembang, lebih-lebih lagi kami lama tak jumpa, pasti banyak cerita yang nak dikongsi, tapi malangnya figuranya tak ada di situ. Selepas tu aku masuk ke ruangan dalam restoran dan melihat MF ada di situ membelakangkan badannya. Terus aku menegurnya dan kami bersalaman. Mata kami berpandangan dan minda aku memproses maklumat :" Ada kelainan pada wajah dan penampilannya", tapi sebelum minda aku terus membuat rumusan, lidah aku tidak terlupa untuk mengungkapkan : "Apa khabar, awak sihat??? dan maaf saya terlambat, lama dah menunggu???...bersama senyuman yang tak lekang dibibirku...MF membalasnya macam jawapan-jawapan standard yang pernah aku dengar hahaha (malaslah nak ulasss hahaha).
Aku melabuhkan punggungku di kerusi mengadap MF, sambil itu pelayan datang bertanya pesanan. Aku memesan teh tarik saja. Kami tak pesan makanan sebab masing-masing dah makan pagi. Pukul 10 beb kalo belum makan pagi lagi, kebulur la maknanya. Lagi pun kami ni bukan kaki tidur pagi (hahahaha), kalo kaki tidur harusss blum makan, sebab biasanya time-time gini biasanya kaki tido baru hidup. Kami rancak bersembang, macam biasalah aku bertanya pasal dia punya study dan dia pula bertanya pasal kehidupan aku kat sekolah. Masing-masing menjawab dengan penuh konfiden, rasanya tak ada jawapan yang di luar tajuk (hehehe ).
Sebenar banyak topik yang kami sembangkan. Kalau tidak masakan sampai satu jam setengah kami melekat kat kedai tu. Apa pun apa yang aku kagum dengan MF ni ialah dia sangat berbeza berbanding students aku yang lain. Aku melihat dia masih utuh dengan jati dirinya sebagai seorang muslim, malah aku rasa lebih baik lagi. Aku salut bukan apa, sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan bukan dari aliran agama sepenuhnya ( (sekarang MF study kat USM ambik bidang Medichal Physics) meskipun dulu dia dari kelas aliran agama, tak cukup rasanya untuk dijadikan panduan hidup "( sedangkan kebanyakan bekas students kaa sebelum ni, lepas tamat spm semuanya macam students yang yang dimana tak ada perbezaan dari segi penampilan dan sahsiahnya, malah ada yang lebih trukkkk huhuhu...)" namun pegangan agamanya memang mantap malah aku rasa lebih mantap dari sesetengah mereka yang beraliran agama. Malahan lontaran-lontaran idea yang diungkapkannya cukup bersahaja dan menampakkan kematangannya. All the best MF, ustaz akan sentiada doakan kejayaan kamu (sebenarnya banyak lagi nak cite, tapi kemalasan melanda and feel pon kureng ni, so stop je la kat sini). bye
Friday, March 30, 2012
Saje je nk tulis...
Terguris rasanya perasaan ini. Namun kuanggapnya sebagai satu pengajaran yang amat bernilai. Kalau diikutkan perasaan marah nak kulempiaskan kemarahan ini dengan bertindak tidak rasional. Tapi syukur Alhamdulillah imanku masih lagi dapat mengawalnya. Terdetik dihati ini betapa aku percaya bahawa hidup ini tidak selalunya berpihak kepada kita dan segala ujian Allah adalah satu kebaikan untuk kita. Berfikiran positif adalah salah satu cara untuk meredakan segala kemarahan yang kita alami. Memperbaiki kesilapan merupakan jalan terbaik untuk menjadikan diri lebih baik. Kalau bertindak secara tidak rasional, kemungkinan besar mengundang masalah lain bukannya menyelesaikan masalah yang ada. Benarlah kata-kata bijak pandai bahawa hati ini milik Allah, so serahkan ia kepada-Nya dalam semua keadaan. Perasaan kecewa tidak akan pernah ada kalau semua perbuatan kita diserahkan kepada Allah dan mengharapkan redha daripada-Nya. Namun kita akan sering disapa kekecewaan seandainya kita mengharapkan pujian dan pengiktirafan manusia kerana jarang manusia berterima kasih terhadap apa yang diberikan kepada mereka.
Wednesday, March 28, 2012
Teknik Menangani Marah Menurut Pengamal Islam
Antara teknik menangani marah menurut pengamal Islam ialah :
1. Azankan di telinga kanan kanak-kanak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak tujuh kali
2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada mengambil makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya berikan mereka kismis mengikut bilangan ganjil sama ada 7, 14 atau 21.
3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah pada waktu senja sehingga isyak. Ini kerana waktu ini banyak syaitan berkeliaran.
4. Bacakan surah al-Soffat, suarah al-jin dan surah yaasin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut untuk melembutkan hatinya.
sumber : Majalah solusi isu 42.
Tuesday, February 7, 2012
Realiti Kehidupan Rasulullah s.a.w.
Pada zaman nabi, terdapat tiga orang lelaki pergi ke rumah isteri-isteri Nabi dan bertanyakan mereka tentang ibadah nabi. Apabila diberitahu kepada mereka tentang ibadat Nabi, salah seorang daripada mereka berkata : 'Aku akan bangun sepanjang malam untuk solat'. Seorang lagi berkata : 'Aku akan berpuasa sepanjang masa'. Manakala yang ketiga pula berazam : 'Aku tidak akan berkahwin'. Apabila Rasulullah datang, Rasulullah bersabda yang bermaksud : 'Sesungguhnya, aku orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku tidur, aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang tidak suka akan sunnahku, dia bukanlah daripada golonganku.
"Hadis Riwayat al-Bukhari"
Tuesday, January 10, 2012
Hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Alhamdulillah syukur pada-Mu ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam hidup ini dan meraikan hari yang penuh bermakna ini untuk kesekian kalinya. Ku mohon pada-Mu ya Allah sempena hari lahirku ini dan juga sempena dengan tahun baru 2012 ini Kau berilah kekuatan pada hamba-Mu ini untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik amalannya dan sentiasa bertakwa kepada-Mu.