Pages
▼
Sunday, October 4, 2009
Larian Hari Guru Sedunia 2009
Tarikh : 4 Oktober 2009
Tempat : SK Sentosa Kampar
Masa : 8:30 - 12:30
Anjuran : NUTP Perak
Aku merupakan salah sorang peserta yang mengambil bahagian dalam larian tersebut. Disamping tu ada beberapa orang cikgu dari SMK Seri Kampar yang turut berpartisipasi dalam larian ini iaitu Mr.Au, cikgu Asimah,cikgu Roshidah,cikgu Lai n cikgu Yap. Maknanya kami berenam ni dengan kata lainnya wakil sekolah lah kunun kununnya.
Aku sampai kat SK Sentosa kira-kira pukul 8:10 pagi. Aku terus ke tempat pendaftaran peserta n terjumpa dengan cikgu Asimah n cikgu Shidah, rupa-rupanya mereka lebih awal sampai (ekspresi wajah keduanya nampak excited sangat nak berlari). Selepas chit chat sikit dengan diorang aku terus ke kaunter pendaftaran.
Selepas mendaftar aku terus melemparkan pandanganku kesetiap sudut mencari cecikgu lelaki yang aku kenal. Bukan pe..senanglah nak bersembang n tak le mati kutu nanti. Tetiba terpandang cikgu Yap n cikgu Lai melambai kearahku. Aku terus membalas lambaian itu n "greet hai"...aku terus melangkah kearah mereka n menyapa mereka sambil bertanya cecikgu lelaki sekolah kami yang ikut serta dalam larian ini. Kata mereka : Ada...tadi ada Mr. Au...tapi tak tau lea ke mana (dalam slang cinanya...).
Aku terus mencari tempat duduk yang masih kosong. Selepas melabuhkan punggung, aku terpandang Mr.Au berada di "takraw court",bukan main lagi tekunnya beliau sedang melakukan stretching. (Dalam hatiku terdetik "amboi amboi kelasnya Mr.Au ni bukan main lagi buat persediaan he he he....)
Sememangnya stretching amat penting apabila kita mahu bersukan bagi mengelakkan kecederaan otot-otot kita. Aku sendiri belum buat ape-ape lagi sebagai persediaan untuk berlari nanti (sepatutnya sebelum datang tadi aku perlu buat sedikit regangan kat rumah, tapi disebabkan sibuk dengan kerja yang tak le penting, aku terlupa la...bangun tu dah awal dah tapi selepas solat subuh n buat rutin biasa selepas subuh aku terus ngadap komputer berinternet n sambil-sambil menonton rancangan kegemaranku saat ni la "Tanyalah Ustaz". Biase la bila ngadap komputer tu lupe segala, tekunnn la tuu...sedar sedar dah 7:55 - terus bersiap n meluru kesini - tu tak sempat stretching tuuuuuu).
Nasib baik larian masih belum bermula lagi n aku mengambil kesempatan untuk membuat renggangan apa yang patut (kebetulan bangku aku duduk tu kosong n boleh la aku lunjurkan kedua kaki aku he he he...).Sempat la bongkok-bongkokkan badan sambil melunjurkan kedua kaki aku...so ok la buat ubat...tak la kejang ototku nanti (mudah-mudahan). Tetiba Mr. Au muncul n kami sembang skit n kami berfoto sama-sama.
Sekitar 8:50 larian akan dimulakan. Peserta perempuan dipanggil ke garisan permulan untuk dilepaskan terlebih dahulu. Permulaannya di perkarangan (pintu pagar) SK Sentosa. Selepas beberapa minit peserta perempuan dilepaskan pihak penganjur memanggil peserta lelaki untuk berada di garisan permulaan untuk dilepaskan. Aku n semua peserta lelaki dengan gaya seorang atlit melangkah yakin menuju ke tempat permulaan (dalam kepala aku berkira-kira apa strategi nak buat untuk menang he he he). Pelepas menyampaikan sedikit taklimat ringkas, kami diingatkan untuk bersedia, selepas tu kedengaran letupan pistol yang menandakan larian bermula.
Aku berlari dengan penuh confident (rasa rasa boleh laa). Laluan sejauh 5 km melalui perumahan n sekitar UNITAR - berakhir di perkarangan sekolah SK Sentosa. Setelah 2km berlari aku dah terasa penat sangat (mungkin dah lama tak berlari... ya la sebulan puasa n lepas raya, ni le pertama kali berlari jarak jauh, sebelum ni aku selalu jogging gak kat kompleks rakan muda kampar (setakat lari 5km tu biasa le he he he). Tapi hari ni terasa sangat tak laratnya.
Selepas separuh larian aku ambil keputusan berjalan je la cos tak tahan sangat penatnya tu meskipun check point pertama tu tak la jauh sangat...aku terus berjalan n kadang-kadang berlari - and da last sampai la kat check point yang pertama - pegawai kat check point pun menyerahkan riben sebagai tanda yang aku berlari mengikut laluan yang diwajibkan kepada setiap peserta larian.
Aku teruskan larian ku menuju ke check point kedua, tiba-tiba sorang cikgu menyapa aku n kami terus berjalan sama-sama, apa lagi terus kami ngombrol-ngombrol sambil jalan-jalan (so hilang dah hasrat nak menang... lagipun aku dah ketinggalan agak jauh berbanding mereka yang mendahului larian itu, tujuan sekarang hanya satu je iaitu menamatkan larian tu). Bukan apa kalu tak dapat menamatkan larian, al maknanya aku tak dapat le mendapatkan t-shirt dari pihak penganjur (syarat pihak penganjur t-shirt akan diberikan setelah peserta dapat menamatkan larian mereka) - seketika sampai ke check point kedua - ambil riben kedua - teruskan larian.
Aku teruskan larian aku n akhirnya aku sampai jugak ke garisan penamat (penatnyaaaa). Sesampainya aku di garisan penamat aku diberikan kad nombor kedudukan peserta n selepas itu aku terus kekaunter pendaftaran untuk melapor diri n ambik no cabutan bertuah, tapi yang paling penting aku kesana ialah menyerahkan riben kuning n mendapatkan t-shirt ha ha ha....
Sekitar dalam pukul 11.00 pagi majlis penutupan n penyampaian hadiah dan cabutan bertuah dimulakan - semua pemenang dapat hadiah masing-masing - lepas tu acara cabutan bertuah dijalankan - aku sama seperti orang lain mengharapkan diri aku bertuah hari ni - tapi harapan aku tu hanya harapan saja cos aku tak bertuah ari ni (tak dapat la hadiah tu...)
Sekitar jam 11.30 majlis bersurai, sebelum tu semua peserta larian diminta mengambil makanan tengah hari di kantin. Selepas mengambil makanan kami sebagai wakil SMK Seri Kampar bergambar beramai-ramai. Gambar ni penting sebagai bukti kami ikut berpartisipasi dalam setiap acara yang dianjurkan oleh NUTP....
Balik rumah...rehatkan diri - rasanya larian ni memberi banyak pengalaman untuk aku - lepas settle sume n selepas solat zuhur, aku masuk bilik n tidurrrrrzzzzzzz.....
p/s : ni posting aku yang pertama he he he.....banyak kekurengannya...maklummm