Pages

Thursday, October 8, 2009

PMR DAH TIBAAA



Hari ni tanggal 07 Okt 09 merupakan hari pertama perjuangan yang harus ditempuhi oleh pelajara-pelajar tingkatan tiga iaitu Peperikaan PMR. Pelbagai wajah dan reaksi dapat dilihat mewarnai wajah-wajah mereka. Bagi pelajar 3kaa n 3rk sudah pasti wajah-wajah yakin yang disulami perasaan gusar menyelubungi diri mereka. Keadaan ini biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar CEMERLANG, disamping demam peperiksaan, mereka juga menghadapi sedikit tekanan untuk merealisasikan TARGET masing-masing (mudah-mudahan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan he…he…he…). Bagi segelintir pelajar 3b n 3c terutamanya pelajar-pelajar lelaki mereka seolah-olah tidak terkesan apa-apa, wajah-wajah poyeE n blerr terlihat pada rona wajah-wajah mereka.
Sebelum peperiksaan bermula mereka berkumpul di depan dewan. Sedikit taklimat diberikan oleh guru yang bertugas. Selepas itu setiap guru kelas mengedarkan topeng kepada setiap pelajar dan beberapa orang guru pula bertindak mengukur suhu badan pelajar (arahan daripada kementerian pelajaran Malaysia agar setiap pelajar bebas dari jangkitan H1N1 selsema babi).
Selepas semua selesai, tuan pengetua iaitu Tuan Haji Soryahidayat mengambil kesempatan untuk memberi sedikit peringatan dan kata-kata peransang kepada semua pelajar. (semoga kata-kata peransang dari Tuan Pengetua akan menjadikan azimat yang berguna kepada para pelajar dan seterusnya akan mencetuskan satu semangat yang luar biasa bagi mereka menghadapi peperiksaan nanti). Selepas itu wakil peajar (mohd nazrin) tampil untuk bacaan doa. (Semua pelajar nampaknya khusuk mengaminkan doa yang dibacakan itu). Mereka semua dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan apabila mendapat kebenaran dari ketua pengawassss …. ( kontroversiiiii………. Ha… ha… ha…)

Untuk anak-anak didikku semua ALL DA BESTTTTTT

MAY ALLAH BLESS YOU ALL