Tuesday, October 6, 2009

Majlis Bacaan Yaasin & Restu Ilmu Pelajar-Pelajar PMR






Hari ini tanggal 6 Oktober 2009, SMK seri Kampar telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin Dan Restu Ilmu bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula esok. Majlis seperti ini merupakan rutin tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha terakhir untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar disamping memohon pertolongan kepada Allah agar anak-anak didik semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Insya Allah...
Majlis dimulakan dengan taklimat disampaikan oleh cikgu Harun.( Satu benda yang aku salut dengan cikgu harun nie, dia senang untuk menolong bila sesape minta tolong, cuma sabar le sikit dengan sikap dia tu (tut... tut...tut...ha ha ha)pokoknya dia ni jenis yang baik laaa. Pengalaman aku bekerja dengan dia membuatkan aku tak kisah dengan sikap dia, yang pentinga apa saja masalah yang aku hadapi, cakap je kat cikgu Harun, Insya Allah settleee he..he..he...) Banyak perkara yang beliau peringatkan kepada para pelajar. Kelihatan semua pelajar tekun mendengar taklimat tersebut, meskipun ada le beberapa orang student yang tak fokus terutamanya pelajar 3B n 3C. Biasa le dalam dewan yang memuatkan ramai pelajar agak sukar untuk membuatkan mereka diam dan patuh pada arahan.
Selepas selesai taklimat cikgu Harun, maka agenda kedua akan dimulakan iaitu majlis bacaan Yaasin, sebelum tu cikgu Harun mengambil kesempatan menerangkan tujuan majlis bacaan Yaasin ini kepada para pelajar, after that cikgu Harun telan menjemput aku untuk megetuai Majlis bacaan Yaasin.(Majis bacaan yaasin ini merupakan majlis kali kelima sesuai dengan takwim sekolah). Selepas mengucapkan salam kepada semua pelajar (rasanya aku tak perlu bagi taklimat coz cikgu Harun dah bercakap panjang lebar dah tadi), aku terus saja memulakan program ini - Selepas selesai bacaan Yaasin yang diakhiri dengan bacaan doa selamat, aku serahkan semula mic itu kepada cikgu Harun. (aku benar-benar berharap agar anak-anak didikku akan dibukakan pintu hati oleh Allah dan dijernihkan minda mereka agar dapat menghadapi dan menduduki peperiksaan dengan yakin dan penuh komitmen yang tinggi untuk berjaya.)
Majlis diteruskan dengan taklimat disampaikan oleh kaunselor sekolah iaitu Cik Aqilah Bt. Mohamad Amin. Taklimat kaunselor berkisar tetang perancagan pelajar untuk menghadapi peperiksaan - sebelum, semasa n selepas peperiksaan. Para pelajar juga diingatkan agar menjaga hubungan baik dengan Allah, Ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan n semua mereka yang berhungan dengan kehidupan mereka, kerana inilah merupakan kunci untuk menggapai sebuah kejayaan.
Selepas tu taklimat disampakan oleh cikgu Rosliza merangkap penyelaras tingkatan tiga. Banyak hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan diperingatkan - disiplin, keselamatan diri, pakaian n banyak le termasuklah perancangan yang perlu dibuat oleh pelajar seandainya ada hal-hal emergency (kebetulan sekarang ni kat Kampar hujan biasa terjadi waktu pagi, so diorang mesti elert dengan situasi yang macam ni.)sehingga boleh menjejaskan keadaan mereka semasa menduduki exam.
Selepas tu majlis menjemput cikgu Nizam ( PK Ko-Kurikulum ) mewakili pihak pentadbir untuk memberikan ucapan - ucapan ringkas tapi penuh dengan nasihat.
Majlis diakhiri majlis restu ilmu - semua pelajar beratur n bersalaman sambil bermaaf-maafan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada mereka selama ini- majlis dimulai dengan para pelajar 3kaa, dikuti 3rk, 3A,3B n di akhiri dengan 3C. Situasi sedih mula menyelubungi perasaan masing-masing baik para pelajar, mahupun para pendidik mereka (terutama kaum hawa la yang terisak-isak huh.. huh...huh..., kalu yang laki nampak keringgg jee), biasa la orang perempuan ni jiwanya lembut n mudah tersentuh, orang lelaki pula bukan tak sedih, tapi tak tunjuk sedihnya tu, tahu kenape...hilang le machonya tu....ha ha ha...
Satu benda yang aku perasan ada segelintir pelajar seolah-olah tak biasa bersalam n cium tangan + peluk cikgu ni (seolah kekok bagi mereka). Mungkin mereka tak biasa buat kat rumah. Benda berlaku secara nature,kalu biasa diamalkan dalam kehidupan seharian maka perasaan canggung tu tak akan wujud (kesian diorang, tak pe la latih latihkan diri tu ok...)
Selepas majlis restu ilmu maka berakhirlah majlis hari ini, disebabkan waktu balik masih panjang lagi para pelajar diarahkan untuk terus berada di dewan. Cikgu yang menguruskan mereka sume ni dipertanggungjawabbkan kepada cikgu Rosli...cecikgu yang lain termasuk aku terus menyuraikan diri menuju ke bilik guru...waktu saat tu menunjukkan pukul 12:25 noon.
12:30 aku meneruskan rutinku iaitu masuk ke kelas 2RK...lucunya... macam ada yang tak kena dengan diorang....tapi aku tahu kenape....biasaklahhh....
ngajarrrrrrrrrr macam biasaaaaaaaaaaaaa......