Monday, February 11, 2013
EPILOG HATI BUAT ANAK AYAH
Anak ayah tercinta
Keberadaanmu dalam hidup ayah cukup membahagiakan.
Hari-hari yang hambar kini berubah menjadi lebih ceria
Jiwa sepi ayah kini dlimpahi bunga-bunga bahagia
Semua ini dek kerana cinta tulusmu buat ayah.
Anak ayah tercinta
Kini terasa seolah-olah hidup ayah begitu sempurna
Kebanggaan terasa disaat kita berjemaah bersama,
Ayah menjadi imam kepada anak ayah tercinta.
Sama-sama berwirid dan mengaminkan doa
Mengharapkan keredhaan sang pengcipta
Semua ini membuat ayah tersenyum bangga.
Anak ayah tercinta
Di saat anak tercinta ayah mencium tangan ayah,
terdetik rasa bangga dan bahagia.
Ketulusan dan keikhlasan anak ayah
Terasa kehadiran ayah dihargai dalam hidupmu.
Kepenatan yang ayah pikul lenyap begitu saja
disaat senyuman ikhlas kau lemparkan pada ayah.
Hati ayah terus terubat dan bunga-bunga bahagia menerpa kejiwa halus ayah.
Anak ayah tercinta,
Terima kasih kerana memahami ayah selama ini,
Ayah cukup bahagia bila anak ayah berada disamping ayah,
Sentiasa menemani ayah kemana saja ayah pergi
dan disaat ayah memerlukan kehadiranmu
anak ayah sedia bersama ayah dengan rela
Terasa betapa bahagianya ayah pabila kita dapat bergurau senda
dan saling berkongsi cerita.
Anak ayah tercinta
Kehadiranmu merupakan anugerah terindah daripada Allah
Justeru, rasa syukur ayah panjatkan pada-Nya
Semoga cinta ayah kepadamu membawa kita mencintai-Nya
Kasih sayang yang tersemai antara kita menjadi bukti
Apabila kita meletakkan cinta utama terhadap Allah
Maka akan lahirlah cinta yang luar biasa antara kita
Semoga ianya kekal kesyurga kerana nabi pernah bersabda
Kamu akan bersama orang yang kamu cintai di akhirat nanti
Anak ayah tercinta,
Dengarlah Epilog Hati Ayahmu ini
Tiada yang lebih bermakna buat ayah
Disaat anak ayah sudi menyantuni ayah dihari-hari tua ayah
Membaca al-quran disaat-saat terakhir hidup ayah
Menjadi imam kepada sembahyah jenazah ayah
Mendoakan kesejahteraan ayah di alam sana
Betapa bahagia dan bangganya ayah ketika itu
Kerana Berjaya membentuk anak ayah tercinta
Menjadi anak yang SOLEH.
Nukilan rasa
ayah2012