Dalam kesepian ini aku termanggu sendirian. Tetiba hati ini mula berbicara dan mindaku pula galak mencari kata-kata indah buat memuji yang maha esa. Segalanya bermula bila ku kenang kembali betapa aku bahagia dikurniakan nikmat yang begitu beharga dalam hidup ini. Nikmat yang membuatkan aku terasa yang diri ini dicintai oleh-Nya. Tak ku duga dan tak ku sangka yang diberikan nikmat berganda-ganda oleh-Nya. Hati ini begitu hiba sekali disaat anugerah itu kuraih dan kebahagiaan sentiasa mewarnai hidup ini.
Ucapan syukur alhamdulillah sentiasa bermain dibibirku kerana aku tahu yang aku tidak layak untuk memperolehinya jika diukur ketaatan ku kepada-Nya. Namun dgn rahmat dan kasih sayang-Nya aku dipilih untuk anugerah itu.
Ya Allah ku bermohon pada-Mu semoga nikmat yang Engkau anugerahkan ini akan mendekatkan lagi diri ini dengan-Mu. Insya Allah segala amanah skan ku jaga sebaik mungkin dan akan ku jadikan ia sebagai jambatan untuk ku meraih redha mu sehingga menjadikan hamba-Mu yang benar-benar bertakwa kepada-Mu...amieeennn...
syukur ya Allah ku panjatkan kehadirat~Mu