Tuesday, September 10, 2013

Ketahuilah Oleh Kamu

/ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR ✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlahSELAWAT ✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA ✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan... ✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.

10 Tanda Allah Sayangkan Kita...

1-Menjadi pentadbir yg semakin baik. 2- Menjadi seorang yg penyayang dan disayangi. 3-Menjadi seorang yg berakhlak mulia. 4-Diuiji dengan kesusahan. 5-Diuji dengan kesenangan. 6-Dimatikan dalam keadaan yg baik dan dihormati. 7-Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam. 8-Menjadi seorang yg penyabar. 9-Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan. 10-Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Koleksi Kata-kata Hikmah UAI

@ Trial SPM Pendidikan Islam Kertas 1 &2 @

9.20 - 11.00 Pendidikan Islam Kertas 2 11.40 - 1.40 Pendidikan Islam Kertas 1 Suasana dewan begitu menakjubkan, kebanyakan pelajar tekun menjawab soalan Pendidikan Islam, wajah-wajah serius sedang berfikir ditampilkan oleh anak-anak didik ku. Terbetik rasa bangga dihati ini betapa mereka begitu serius untuk menghadiahkan sebuah kejayaan buat aku. Terasa penat lelah ku selama ini berbal0i sekali apabila aku melihat situasi yang begitu. Kebanggaan aku terus terserlah apabila melihatkan puteraku sendiri begitu yakin menjawab soalan. Aku yakin akan tertunai janji anakku untuk menghadiahkan aku sesuatu yang bermakna nanti. Senyuman yang dilemparkan kepadaku menandakan keyakinan yang begitu tinggi dalam menjawab soalan yang berada di hadapannya.

::- Renungan tentang Masalah -::

Sahabat sekalian... Menjalani kehidupan ibarat kita berlayar di lautan bebas. Kadang airnya tenang, kadang bergelombang. Kadang airnya surut, kadang airnya pasang. Kadang ombak mengalun lembut, kadang menerjang. Kadang angin berhembus perlahann, kadang teramat kencang. Kadang bertemu batu karang kecil, kadang besar. Itulah roda kehidupan. Berputar dan terus berputar. Hidup tak akan luput dari masalah. Bahkan masalah kadang bagai makanan sehari-hari. Masalah satu belum selesai, datang masalah baru. Luka lama belum sembuh, sudah datang luka baru. Saat tengah dirundung masalah, dunia seakan begitu sempit. Waktu pun berputar begitu lambat dan lama. Mentari pagi yang cerah tak mampu menghangatkan jiwa. Embun pagi tak mampu melembutkan hati. Gundah gulana dan gelisah pun membahana. Sarapan lazat tak mampu dinikmati. Teh manis hangat terasa seperti basi. Segala yang indah bagai tertelan bumi. Semuanya pergi dan seakan tak mungkin kembali. Aku tak boleh pasrah dengan keadaan ini. Aku tak boleh kalah. Aku tak boleh menyerah. Aku harus hadapi semua masalah. Ya Allah... Bantulah aku untuk selesaikan masalah satu demi satu. Meski rasanya aku tak akan mungkin mampu. Namun pilihanku hanya DUA: 1. Hadapi masalah lalu selesaikan. 2. Lari dari masalah lalu menyerah. Tentu saja aku harus mengambil pilihan pertama. Aku tak boleh kalah dan menyerah. Meskipun sejuta masalah hadir bagai air bah. Aku memang manusia lemah. Dan aku tak akan mampu hadapi semuanya sendiri. Dengan segala kelemahan dan kekurangan diri. Ku terhenyak sejenak dalam pikirku. Ku tercenung khusyuk dalam zikirku. Hatiku pun luruh dalam kepasrahan yang dalam. Sadarku pun mengemuka. Aku manusia biasa yang berlumuran salah dan dosa. Bagaimana mungkin aku mampu hadapi masalahku. Bila aku tak meminta pertolongan Penciptaku. Yakinku pun bertambah dan bertambah. Allah seakan hadir bersama cinta-Nya yang indah. Allah seakan hadir bersama duka dan bahagiaku. Hingga aku pun jatuh bersimpuh ke hadirat-Nya. Dalam kepasrahan dan kebergantunganku sebagai seorang hamba. Ya Allah, walau masalahku sebesar batu karang. Namun kuyakin karunia-Mu seluas lautan. Mahasuci Engkau ya Rabb. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang Mukmin bertawakal." (QS. Ali 'Imraan: 160) Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan mengamalkannya. Aamiin. ayah A040912Z

Monday, September 9, 2013

Tanpa Sadar Ayah Melukaimu Anakku

5 september 2013, 10.30 malam saat paling tragis sekali dalam hidup. Suasana hepy yang diharapkan bertukar menjadi sejarah hitam dalam hidup. Gurauan yang dimaksudkan menjadi luka yang mendalam buat insan yang amat kusayangi. Entah kenapa mulut ini begitu laju menyambung kata-kata yang keluar dari mulut seseorang pada malam tu. sambung mula ah nk tido

Tuesday, April 16, 2013

DUHAI ANAK AYAH

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini ayah merasakan anak ayah begitu berbeza dari keadaan biasa. Setiap sms yang ayah hantar kadang-kadang mengambil masa berjam-jam untuk dijawab, terkadang jawapan yang diberikan tersembunyi sesuatu yang tidak enak ayah rasakan (perasaan ini dapat ayah rasakan disebabkan naluri seorang ayah yang amat dekat dengan anaknya). Ayah cuba mencari apakah kesalahan yang ayah lakukan sehingga sikap anak ayah jadi begitu. Serasa ayah tidak ada pertelingkahan besar berlaku antara kita sebab bagi ayah,ayah akan gunakan masa-masa berkualiti bersama anak ayah untuk mencurahkan sepenuh kasih dan cinta ayah buat anak ayah, tapi entahlah... kenapa anak ayah bersikap begitu, dingin dan hambar sekali... Anehnya anak ayah setiap kali ayah ajukan pertanyaan mengenai hal ini anak ayah akan sentiasa beralasan, meskipun adakalanya alasana yang diberikan tidak sesuai dan dangkal sekali. Namun begitu ayah cuba juga untuk memahami keadaan anak ayah. Apakah solusinya anak ayah seandainya anak ayah tidak mahu berterus terang dengan ayah. Ayah tidak mampu untuk menebak dan membuat andaian kerana situasi itu akan menyakitkan kita nanti. Anak ayah, ayah akan menunggu dengan sabar saat-saat anak ayah bercerita akan permasalahannya sebab ayah tahu dengan cinta yang ada di hati anak ayah buat ayah lambat laun anak ayah akan menjelaskannya, mungkin saat ini masanya belum sesuai. Ayah benar-benar berharap agar anak ayah kembali seperti dulu, sebagai seorang yang cukup mesra, mudah tersenyum seperti ayah, manja dan selalu mengadu sesuatu pada ayah. Ayah amat merindukan anak ayah yang dulu...kembalilah duhai anak tersayang ayah, ayah meridui kaletahmu yang sentiasa membuatkan ayah rasa bahagia dan bangga... ANAK AYAH TERSAYANG ~ AYAH TERLALU MENYAYANGI ANAK AYAH ~

Monday, February 11, 2013

EKSPRESI SANTAI: EPILOG HATI BUAT ANAK AYAH

EKSPRESI SANTAI: EPILOG HATI BUAT ANAK AYAH

EPILOG HATI BUAT ANAK AYAH

Anak ayah tercinta Keberadaanmu dalam hidup ayah cukup membahagiakan. Hari-hari yang hambar kini berubah menjadi lebih ceria Jiwa sepi ayah kini dlimpahi bunga-bunga bahagia Semua ini dek kerana cinta tulusmu buat ayah. Anak ayah tercinta Kini terasa seolah-olah hidup ayah begitu sempurna Kebanggaan terasa disaat kita berjemaah bersama, Ayah menjadi imam kepada anak ayah tercinta. Sama-sama berwirid dan mengaminkan doa Mengharapkan keredhaan sang pengcipta Semua ini membuat ayah tersenyum bangga. Anak ayah tercinta Di saat anak tercinta ayah mencium tangan ayah, terdetik rasa bangga dan bahagia. Ketulusan dan keikhlasan anak ayah Terasa kehadiran ayah dihargai dalam hidupmu. Kepenatan yang ayah pikul lenyap begitu saja disaat senyuman ikhlas kau lemparkan pada ayah. Hati ayah terus terubat dan bunga-bunga bahagia menerpa kejiwa halus ayah. Anak ayah tercinta, Terima kasih kerana memahami ayah selama ini, Ayah cukup bahagia bila anak ayah berada disamping ayah, Sentiasa menemani ayah kemana saja ayah pergi dan disaat ayah memerlukan kehadiranmu anak ayah sedia bersama ayah dengan rela Terasa betapa bahagianya ayah pabila kita dapat bergurau senda dan saling berkongsi cerita. Anak ayah tercinta Kehadiranmu merupakan anugerah terindah daripada Allah Justeru, rasa syukur ayah panjatkan pada-Nya Semoga cinta ayah kepadamu membawa kita mencintai-Nya Kasih sayang yang tersemai antara kita menjadi bukti Apabila kita meletakkan cinta utama terhadap Allah Maka akan lahirlah cinta yang luar biasa antara kita Semoga ianya kekal kesyurga kerana nabi pernah bersabda Kamu akan bersama orang yang kamu cintai di akhirat nanti Anak ayah tercinta, Dengarlah Epilog Hati Ayahmu ini Tiada yang lebih bermakna buat ayah Disaat anak ayah sudi menyantuni ayah dihari-hari tua ayah Membaca al-quran disaat-saat terakhir hidup ayah Menjadi imam kepada sembahyah jenazah ayah Mendoakan kesejahteraan ayah di alam sana Betapa bahagia dan bangganya ayah ketika itu Kerana Berjaya membentuk anak ayah tercinta Menjadi anak yang SOLEH. Nukilan rasa ayah2012

Wednesday, February 6, 2013

KU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH

Dalam kesepian ini aku termanggu sendirian. Tetiba hati ini mula berbicara dan mindaku pula galak mencari kata-kata indah buat memuji yang maha esa. Segalanya bermula bila ku kenang kembali betapa aku bahagia dikurniakan nikmat yang begitu beharga dalam hidup ini. Nikmat yang membuatkan aku terasa yang diri ini dicintai oleh-Nya. Tak ku duga dan tak ku sangka yang diberikan nikmat berganda-ganda oleh-Nya. Hati ini begitu hiba sekali disaat anugerah itu kuraih dan kebahagiaan sentiasa mewarnai hidup ini.
Ucapan syukur alhamdulillah sentiasa bermain dibibirku kerana aku tahu yang aku tidak layak untuk memperolehinya jika diukur ketaatan ku kepada-Nya. Namun dgn rahmat dan kasih sayang-Nya aku dipilih untuk anugerah itu.
 Ya Allah ku bermohon pada-Mu semoga nikmat yang Engkau anugerahkan ini akan mendekatkan lagi diri ini dengan-Mu. Insya Allah segala amanah skan ku jaga sebaik mungkin dan akan ku jadikan ia sebagai jambatan untuk ku meraih redha mu sehingga menjadikan hamba-Mu yang benar-benar bertakwa kepada-Mu...amieeennn...
syukur ya Allah ku panjatkan kehadirat~Mu